Qasidah Jalaliah


Qasidah Jalaliah (Penyusun Kiyai Ahmad Al-Jamhuri Al-Banjari)
Qasidah pengampun dosa penawar penyakit insyaAllah..
Selamat beramal :)



#sebelum nk dgar ni pastikan pause dlu music background blog ni :)

Terjemahan Qasiad Jalaliah :

Nabi yang mulia Rasulullah,
Yang mensyafaati kami Habibullah,
Yang mencintai kami, Khalilullah,
Atas beliau, shalwat kami Ya Allah.

Rasulullah gelarnya Kalimullah,
Yang tertinggi dari sekalian Nabiyullah,
Rasulullah pilihan utama dari Allah,
Imam bagi yang taqwa kepada Allah.

Beliau datang bagi kami sebagai Rahmat,
Kami beriman kepada Beliau ya Allah,
Muliakan dan beri taufiq kami Ya Allah,
Dengan Husnulkhatimah & redhoMu Ya Allah.

'Afiatkanlah sekalian kami Ya Allah,
Hindarkan dari segala penyakit Ya Allah,
Bersihkan kami dari dosa-dosa Ya Allah,
Dengan kurnia Engkau juga ya Allah.

Ampunilah ibu bapa kami Ya Allah,
Kasihanilah mereka berdua ya Allah,
Tutupilah kejelekan kami Ya Allah,
Jangan ditampakkan yang itu ya Allah.

Senantiasa beri petunjuk kami Ya Allah,
Buat menuntut keredhaan Kau ya Allah,
Engkau adalah penolong kami ya Allah,
Dalam dunia serta akhiratnya Ya Allah.

Tempatkan kami di syurga Firdaus Ya Allah,
Disamping Nabi Muhammad Ya Allah,
Buat memandang Dzat Engkau Ya Allah,
Kami cinta Nabi pilihan Kau Ya Allah.

Atas Nabi Ahmad selawatKau Ya Allah,
Atas beliau Alhadi salamKau ya Allah,
Serta keluarga dan sahabatnya Ya Allah,
Yang demikian selama-lamanya ya Allah.

0 comments:

Post a Comment

Who Care About Our Muslim ?

Bismillah...

Pada 29 julai yang lalu (malam 10 Ramadhan) bertempat di Masjid Jamek As-shahab ,Kepala Batas diadakan tazkirah ramadhan mengenai keadaan sebenar yang berlaku di Syria sekarang. Tazkirah disampaikan oleh wakil dari Syria, Sheikh Samer Saka. 

Revolusi kebangkitan tercetus sejak 1 tahun setengah yang lalu, ia dikatakan bermula dari seorang kanak2 yg telah menulis pada dinding" Rakyat mahu runtuhkan undang2 yg ada sekarang". Hal ini diketahui oleh pihak polis dibawah pimpinan kerajaan Basyar Assad yang sangat kejam. Kanak2 itu ditangkap dan dicabut kuku2 nya, disiat kulitnya. Setelah itu, Ibu bapa kanak2 tersebut datang dan menuntut anak mereka dibebaskan. Tapi ini jawapan dari ketua polis tersebut :" lupakan saja anak itu, aggap saja dia sudah tiada, pergi cari anak lain".

Rakyat yg mengetahui akan kekejaman ini terus bangkit menentang kerajaan syiah yg sgt kejam itu.
"Ini rumah saya,
dimana saya akan tinggal selepas ini?"

Mereka tidak dibenarkan ke masjid, mereka tak dibenarkan untuk solat,
masjid2 diserbu, ulama2 dibunuh, kanak2 dibunuh, wanita2 dirogol, mereka jadikan masjid sebagai tempat mereka melepak, melepaskan nafsu dan berpesta.Apabila ditanya kepada beliau mengenai salah satu bandar disana, jawabnya : "bandar tersebut di tepi2 jalannya dipenuhi dengan kereta2 kebal milik tentera kerajaan!"

Dalam keadaan masyarakat dunia hanya memerhati dan umat Islam sibuk dengan persiapan raya, laporan menunjukkan bahawa lebih 1500 wanita dan anak gadis Syria dirogol oleh tentera Syiah Basyar la'natullah.


laporan lengkap disini :
www.shrc.org/data/pdf/ANNUALREPORT2012.pdf


Rejim Basyar Assad juga mendapat bantuan dari Israel dan sekutunya. Malah pejuang Hizbullah yg kita di Malaysia anggap mereka dipihak yg benar rupa2nya adalah tali
barut Israel! Hal ini diceritakan sendiri oleh Sheikh Smer Saka . Sehingga Hizbullah tidak lagi mereka gelar Hizbullah tapi Hizbusyaitan.
Ini bukan cerita Hollywood ok.
Ini Mujahideen SFA (Free Syrian Army)


Pejuangan di Syria adalah lebih penting dari negara2 lain kerana pejuangan di Syria merupakan pejuangan umat Islam keseluruhannya, pejuangan di syria sebagai kunci pembebasan Masjid Al-Aqsa di Palestin, pejuangan di Syria merupakan kunci kemenangan seluruh umat Islam serata dunia. Terdapat antara mereka yang berjuang di bumi Syria bukanlah rakyat disitu tetapi dari Gaza, Palestine dan tempat2 lain.    

Maksud sebuah hadis: Rasulullah s.a.w berdoa: ”Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Hadis ini jelas menunjukkan bahawa negeri syam adalah sebuah tempat atau kawasan yang di dalamnya mempunyai beribu keberkatan.  


Untuk maklumat lanjut dan info semasa mengenai revolusi di Syria sila like page fb dibawah : 1) http://www.facebook.com/syria.care
2) https://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Bersama-     Revolusi-Syria/308664102508100
                         ________________________________

Ceramah-caramah tentang nasib yg menimpa umat Islam diseluruh dunia diteruskan sepanjang Ramadhan di masjid-masjid seluruh Malaysia.

Terbaru, ceramah penindasan umat Islam Rohingya oleh Ustaz amin (Wakil dari Thailand) bertempat di Masjid Al Muttaqin , Jitra Kedah pada 13/8/2012- 25 ramadhan 1433.

Umat islam rohingya tinggal di sebuah negeri bernama Arakan di bawah pemerintahan kerajaan Burma atau dikenali sebagai Myammar.

Penindasan sebenarnya bermula dari tahun 1940. Sehingga abad ini masih ada kerajaan sekejam itu di dunia ini. Sebab utama mereka ditindas dan diseksa adalah kerana mereka ISLAM!

Sami-sami agama budha tertulis di tapak tangan mereka "free muslim". Mereka tak mahu ada org Islam Myammar. Mereka tak mahu jadi seperti Tanah Melayu dan Indonesia kerana suatu masa dahulu dua buah negara tersebut bermula dengan agama Budha, kemudian sejak kemunculan Islam di situ, agama Budha semakin tenggelam, manakala Islam membawa pengaruh yg kuat dan tersebar luas.

Ustaz Amin dan kumpulan disambut baik oleh Ulama-ulama Islam di sana. Amat terharu dengan kunjungan tersebut mereka menangis. Katanya, " tidak ada sebuah pun negara Islam yang datang menjenguk nasib kami disini..".Allah.. betapa derita meraka disana.

Mereka juga jika seorang Muslim tidak dibenarkan memiliki 'kamera' atau dikenakan hukuman penjara 7 tahun.Mereka juga jika seorang Muslim tidak dibenarkan memiliki telefon bimbit atau dikenakan penjara 3 tahun.Jika memiliki sebilah pisau sekalipun, kes tersebut diheret ke mahkamah.Bahkan jika seorg berjalan membawa kambing ,akan dirampas ternakan itu, dan dibunuh org itu, nah, mati kering disitulah nasibnya.

Pertumpahan darah berlaku sepanjang hari, umat Islam diseksa, disembelih, dan sebagainya. Peritnya Ramadhan kali ini bagi mereka. Sehinggakan terpaksa memakan batang-batang pisang sebagai juadah berbuka.

Mereka juga tak dibenarkan solat Jumaat, kerana mereka khuatir jika umat Islam berkumpul dan solat beramai ramai akan tercetus semangat kebangkitan umat Islam.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan kami”. 

Jesteru itu, kita sebagai saudara seIslam, sama-samalah kita membantu menghulurkan bantuan disamping tidak lupa untuk berdoa memohon kemenangan kita umat Islam serata dunia kerana sesungguhnya doa merupakan senjata ghaib orang-orang yang beriman.

اللهم انصر الاسلام والمسلمين، اللهم انصر إخواننا المجاهدين فى كل مكان, أللهم انصر إخواننا المجاهدين فى كل زمان , ياألله يا رحمــن، يا رحيــم, ياأرحم 
.الراحمين




Wassalam... - 26 Ramadhan 1433 ^^

0 comments:

Post a Comment

Ramadhan Kareem...

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillahirobbil'alamin.. segala puji bagi Allah S.W.T yg masih memberi kesempatan utk tangan ini terus menaip ^^ Alhamdulillah.. masih berada dalam nikmat iman dan Islam.Alhamdulillah di atas nikmat rezeki, kesihatan, kasih sayang dan segala-galanya.

Ramadhan kembali lagi setelah 11 bulan berlalu pergi, alhamdulillah kita masih diberi peluang umur yg panjang utk beramal di bulan yg penuh barakah dan dijanjikan dengan pahala yg berlipat ganda, tapi belum pasti baki umur kita cukup utk sampai ke akhir Ramadhan, tak dijamin juga beberapa minit lagi tangan saya masih mampu menaip seperti ini.



Rasa geram melihat cara berpuasa umat sekarang,


Berpuasa tapi dedah aurat diluar.

Berpuasa tapi berpakaian ketat.
Berpuasa tapi keluar berdua-duaan dengan kekasih yg belum sah. (pegi bazar plak tu..)
Berpuasa tapi tak solat 5 waktu.
Berpuasa tapi mengumpat orang.

Entah apa yg tak kena dengan fikiran mereka khususnya remaja, tak faham Islam kah? Tak faham apa itu puasa kah? Tak faham apa itu menahan diri dari perkara2 yg membatalkan puasa kah? Atau buat-buat tak faham? Atau faham tapi malas nak ikut?Kalau macam ni sama sja lah puasa kita dengan kanak-kanak yang baru nak belajar puasa, tahan lapar semata-mata.


Sesunggahnya diri ini juga banyak kekurangan dan kesilapan, mungkin saya juga salah seorang dari mereka. Mungkin mereka juga ada alasan sendiri.


Marilah sama-sama kita menghayati hadis Nabi S.A.W mengenai akhlak sewaktu berpuasa:


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa."

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)."

-Sahih Bukhari dan Muslim

Read more: http://foren-6.blogspot.com/2010/08/petikan-hadis-tentang-puasa-ramadhan.html#ixzz21E1rYo00


Sebenarnya puasa mampu menghindarkan diri kita dari terjebak ke lembah maksiat dan membersihkan dosa-dosa kita jika betul-betul baertaubat dan ikhlas sepenuh hati berpuasa kerana Allah S.W.T. 


“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu seorang muslim.” (Ali Imran : 102)

Wassalam... ^^



-1 Ramadhan 1433H <3

0 comments:

Post a Comment

An-Nisa' ...

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan. ^_^



#lirik nasyid_Wanita by De Hearty

0 comments:

Post a Comment

Sekudus Cinta Ilahi


Aku jatuh cinta dengan kelembutanMu. Dikala manusia menghindariku, Engkau sentiasa ada di sisiku.. Surat-surat dariMu, aku selak setiap helai. KalamMu yang mulia aku tartil satu persatu.


Indahnya bicara hikmah dariMu. Dari lembaran naskhah al-Qarim itu, aku jumpa kata-kata cintaMu untukku. Mengalir air mata aku. Subhanallah, bertambah mekar rasa cinta untukMu.

Aku jatuh cinta kerana cintaMu.
Cinta Allah tiada bertepi, tiada akhir.
Itulah cinta yang sering aku cari.
Biarpun aku redah seluruh halangan dunia namun, 
tidak akan aku jumpa cinta lain yang mampu menandingi kuatnya cintaMu.

 Ya Habibi, andai aku jatuh cinta pada hambaMu. Kau kekalkanlah rasa cintaku padaMu. Namun, andai mencintai hambaMu, memudarkan rasa cintaku padaMu, aku mohon kau ambillah semula rasa cintaku kepada hambaMu. Sesungguhnya, aku lebih rela hilang cinta kepada manusia daripada aku kehilangan rasa cintaku kepadaMu. 
Ya Allah, aku yakin dengan segala ketentuanMu.


I know that Allah has a bigger plan for me than I have for myself. And I know
that His plan is the best for me :) Alhamdulillah.


Satukanlah aku bersama insan yang berjihad di jalanMu.
Insan yang berdakwah di jalanMu.
Semoga cinta itu membawa aku menuju keredhaanMu,
menuntunku ke syurgaMu.

#jangan pernah berhenti mencintai Allah <3

p/s : copy paste sje.  heh :) - love until Jannah~

0 comments:

Post a Comment

Cintaku kerana Agamamu...

Bidadari hidupku,

ingatlah satu pesanan dari Imam Nawawi...
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu...maka hilanglah cintaku padamu..."
maka jagalah agamamu lebih dari kau ingin menjaga cinta yang bakal tersemai antara kita suatu hari nanti...
aku pasrah dan redha kerana kita berdua adalah milik Yang Maha Esa...


Semoga kita akan bertemu suatu hari nanti kekasihku dan semoga Allah akan sntiasa merahmati dan merestui kasih sayang yg bakal terjalin antara kita,bila tiba masanya.. InsyaAllah. ;)
Aku ingin menjaga ikatan ini biar bunga2 cintaku tidak habis dimamah masa,musnah dimamah usia.
Aku inginkan bakal-bakal hari indah menjadi yang terindah buat aku,
Dan seiring dengan itu, aku mahu menjaga syariat kerana menjaga dalam pergaulan adalah penting untuk satu perhubungan kekal,
Sekali lagi aku minta maaf, andai aku ada membuat hatimu sakit 
walaupun tanpa aku sedari,

Salam sayang buat bakal bidadariku.. <3

0 comments:

Post a Comment

Bakal Isteriku...


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh...

Buat bakal isteriku,
Apa khabar dirimu saat ini, 
dan apa juga khabar imanmu hari ini?Adakah harimu dimulakan dengan syukur pada Tuhan kerana masih memanjangkan umurmu, masih diberi peluang untuk menatap fananya hidup ini? Apakah masih segar wudhu yang membasahi tubuhmu? Mudah-mudahan ia mampu menyegarkan kembali iman yang mungkin lesu serta membugarkan ingatanmu kepad janji kepada Yang Satu. Amanah agama ini yang berada digenggamanmu.

Bakal isteriku,
Sungguh aku tidak tahu dimanakah kamu saat dan ketika ini. Tetapi aku tahu, walau dimana sahaja kamu berada, kasih dan rahmat Tuhan pasti bersamamu sebagaimana ia mencintaiku saat dan ketika ini. Aku yakin ketika ini Dia sedang melatih kamu untuk menjadi mujahidah agar dapat bersama aku di saff perjuangan ini. Sama seperti mana Dia sedang melatihku kini. Jauh di hujung sana, aku pasti kamu pasti sedang menungguku untuk dijadikan mujahid di sisi agar kau punya rasa bangga tika memilikiku kelak.

Bakal isteriku,
Hanya kesolehan yang aku harapkan daripadamu  dan moga-moga itu juga yang menjadi dambaanmu daripadaku. Kerana jika ketampanan yang kau cari, maka ketahuilah kesia-siaan yang akan kau dapatkan. Aku masih mentah dan baru dalam perjalanan ilmu pengetahuan, tetapi aku mengharapkan dengan ilmuku yang sedikit ini, aku mampu menjadi mujahid setia dalam menggapai redha Tuhan.

Wahai bakal isteriku,
Aku masih dibawah asuhan ibu dan bapaku. Tidaklah aku mengharapkan yang lain selain daripada aku menjadi tabungan keduanya diakhirat kelak. Dan aku tahu begitu juga halnya denganmu wahai bakal isteriku. Cuma aku mengharapkan kamu menjadi isteri yang solehah agar cukup dapat menjadi bidadari pendampingku di syurga kelak, insya Allah.

Bakal isteriku,
Aku ini punya cemburu yang kuat. Tetapi jika Allah dan Rasul lebih kau rindui, maka aku redha, dan aku mengharapkan yang sama daripadamu. Meskipun kau bukanlah yang aku harapkan, tetapi ketahuilah bahawa engkaulah yang aku perlukan.

Bakal isteriku,
Jika kelak Allah mentakdirkan kita mempunyai mujahid-mujahid comel, aku pohon agar engkau dapat bersamaku mendidiknya. Dengan didikan al-Quran untuknya mengenal Tuhan. Bantu aku dalam menanamkan bibit kecintaan kepada Allah dalam diri generasi harapan kita nanti.

Kepada bakal isteriku,
Ketahuilah bunga hanya akan mekar apabila tiba waktunya dan kumbang akan datang menghinggap tika mana bunga sedang berkembang mekar di taman. Maka aku mengharapkan sebelum tibanya masa itu, bunga akan terus dibaja, kumbang terus berterbangan bertasbih memuji kebesaran Tuhan. Aku kini sedang bersiap untuk menjadi lebih baik walaupun bukan yang terbaik, setidak-tidaknya terbaik buat dirimu kelak.

Bakal isteriku,
Inilah harapan yang mampu kuukirkan dalam sekilas kata, walau kata orang tidak semua yang dirasa mampu diluahkan dengan kata-kata. Inilah yang sedang kuhadapi. Moga kelak disaat kita bersama, itulah saat aku belajar memahami dirimu, sama halnya dengan engkau yang belajar memahami diriku
Moga kita bersabar dalam menanti takdir Tuhan. Walau dimana kini engkau berada, ketahuilah engkau akan sentiasa berada dalam munajatku pada Tuhan. Moga engkau terus bersabar dalam menanti jemputan untuk menjadi bidadariku.

Insya Allah
Jumpa nanti ^_^

0 comments:

Post a Comment