Bingkisan Kembara Cambodia.

Alhamdulillah, akhirnya selesai program Misi Lawatan Antarabangsa ke Kemboja. Tahniah dan terima kasih diucapkn kepada semua yang terlibat menjayakan program ini trutamanya rakan-rakan kursus Pentadbiran dan Hubungan Korporat USIM dan tour guides Kemboja yang banyak membantu iaitu Ust Salleh dan Abd Rahman. Semoga program yang dirancang selama 1 tahun ini mencapai objektif, mengerat ukhuwah dan mendapat keredhaan Allah.

Sedikit perkongsian pengalaman sepanjang bermusafir di Kemboja. Semoga bermanfaat.

Tiba di Bandar Phnom Penh

Setibanya di Phnom Penh, rombongan kami disambut baik oleh Ust. Salleh dan Abd Rahman. Kami dibawa menaiki bas terus ke hotel. Pemandangan baru sepanjang perjalanan tak menjemukan. Melalui lebuhraya yang kecil lebih kurang jalan raya dua lorong jika di Malaysia. Waktu siang disini jalan-jalan penuh dengan pelbagai kenderaan termasuk basikal, beca dan tuk-tuk (lebih kurang macam beca tetapi lebih panjang). Jalan penuh sesak dan berhimpit-himpit, hon kenderaan sahut menyahut, namun kemalangan jarang berlaku, apatah lagi kemalangan maut. Kecuali pada waktu malam sebab adanya pemandu yang mabuk. Menurut Abd Rahman, lebih 70% lelaki disini mabuk pada sebelah malam. Tak hairanlah, Kemboja bukanlah sebuah negara Islam. Jumlah penduduk Islam disini dianggarkan hanya 600,000 dari 4juta orang. Sikit bukan? Agama utama disini adalah Budha dan bakinya Islam & Kristian.
Beginilah sesaknya.
Deretan Tuk-tuk menunggu penumpang.
Hehe.
Lebih kurang 6.30 petang rombongan kami tiba di 'New York Hotel of Cambodia'.


Wakaf Perigi dan Aqiqah

Hasil sumbangan dari rakyat Malaysia yang dilancarkan selama 3 bulan sebelum berangkat ke Kemboja telah berjaya mengumpul sebanyak 14 buah perigi wakaf dan 2 ekor lembu untuk aqiqah. Lokasi utama perlaksanaan aktiviti aqiqah dan wakaf perigi ini adalah sekitar wilayah Kampong Chhnang, wilayah kecil 91 km dari Phnom Penh.
Istana Chak Tomok, Phnom Penh.
Dalam perjalanan ke Kampong Chhnang, kami singgah 
melawat sebentar di Pejabat Mufti Negara Cambodia.
Mufti wilayah Kampong Chhnang, merangkap Timbalan Mufti Negara Kemboja Haji Hashim bin Haji Yunus telah membawa kami ke kampung yang dipilih untuk menjalankan aktiviti aqiqah dan wakaf perigi. Kampung Cap yang merupakan salah satu kampung yang terletak di daerah Tralach, Kampong Chhnang dipilih untuk menjalankan aktiviti ini.

Populasi penduduk Kampung Cap adalah sebanyak 172 keluarga iaitu 648 orang. Kegiatan utama penduduk disini adalah pertanian dan penternakan. Hasil pertanian dapat dituai dua kali setahun. Dari segi pendidikan, rata-rata mereka hanyalah berpendidikan sehingga sekolah menengah. Namun begitu, keselamatan kampung ini sangat terjamin kerana tiada kes jenayah seperti kecurian berlaku. Penduduk kampung Cap adalah berbangsa Champa yang berfahaman Islam Ahli Sunnah wal Jamaah.

Rombongan kami tiba sejurus selesai aktiviti memasak daging aqiqah oleh penduduk kampung secara gotong royong. Rombongan kami dipelawa untuk makan dan merasa sendiri masakan orang kampung di Kemboja bersama-sama mereka. Selesai solat zohor secara berjamaah di masjid, wakil rombongan kami mula mengagihkan sumbangan Aidilfitri dari Malaysia kepada semua penduduk yang hadir bagi meringankan beban mereka. Jumlah sumbangan yang berjaya dikumpul adalah sebanyak RM 1150.

Makan dengan penuh adab bersama penduduk Kampung Cap.
Sumbangan duit raya, walaupun sikit tapi sangat bermakna :)
Aktiviti seterusnya, kami melawat tapak perigi air wakaf yang telah dibina seminggu sebelum kami tiba disini.
Aktiviti bancuh simen utk buat tapak perigi yg 
memang ditinggalkan utk kami siapkan. :D



Selesai aktiviti di Kampung Cap, kami bertolak ke Madrasah As-Soborin untuk aktiviti aqiqah seekor lembu. Madrasah As-Sobirin adalah sebuah pusat pengajian kecil serba dhaif yang menggunakan sistem pengajian pondok.


Saat-saat terakhir.

Abd Rahman (berkemeja biru), tour guide yg mudah mesra.

2 buah perigi untuk Madrasah As-sobirin.
Cakap sikit. Ust Salleh translate panjang lebaq. :D
Dewan ini digunakan sebagai tempat belajar dan tidur oleh pelajar puteri.


Bagi yang berminat utk menyalurkan sumbangan kpd Madrasah As-Sobirin, sila layari link berikut : Bantuan Madrasah As-Sobirin (tiada tarikh tutup)
Bergambar bersama Mufti Kampong Chhnang sebelum bertolak 
pulang ke hotel. 1 malam tidur di rumah beliau.
Ramai-ramai ni ingatkan ada demonstrasi ke apa ke,
tapi rupanya pekerja kilang habis waktu kerja. Ramai sungguh.
Conference di CIMB Bank Cambodia.
Conference di MayBank Cambodia.

Tempat Bersejarah Paling Mengerikan!

The Killing Field Moseum
Hari ke-3 kami dibawa melawat tempat paling bersejarah di Kemboja. Killing Field dahulunya adalah tapak pembunuhan kejam oleh Pol Pot (1975-1979) akan rakyat Kemboja yg dikatakan akan bangkit menentangnya. Mereka yang terbunuh adalah dari golongan yang berpendidikan dan berpotensi menjatuhkan kerajaannya.

Menyelami kisah zaman Pol Pot memang sangat mengerikan. Antara peralatan yang digunakan untuk menyiksa dan membunuh mangsa adalah beleggu kaki & tangan (gari), besi kaki, kapak, pisau dan cangkul. Lebih 20 ribu orang dibunuh dalam kekejaman itu.

Killing tree digunakan utk menghayun/smash kanak-kanak/bayi
pada pokok berkenaan sehingga maut.

Sehingga hari ini, kerajaan Kemboja menemui 129 kubur besar. Daripada jumlah ini hanya 86 kubur digali semula untuk mengeluarkan tulang-tulang dan tengkorak untuk disimpan.
Ribuan tengkorak yang disimpan dalam bangunan.
Tengkorak yang digali dan disimpan.
Salah satu tapak kubur besar.
En. Izzuddin, pensyarah pengiring :D

Tuol Sleng Genocide Museum
Dahulunya adalah tapak sekolah yang dijadikan pejabat keselamatan 21 dalam "Kampuchea Demokratik" (sebelum itu dikenali sebagai Khmer Rouge atau Komunis Khmer Merah) yang dibina atas arahan Pol Pot (atau nama sebenarnya Sa lut Sor) pada tahun 1975. Pejabat ini dipanggil sebagai S-21 dan diubah suai untuk tahanan, soal siasat, dan penyiksaan yang tidak berperikemanusiaan sebelum dihantar ke Killing Field. (Meremang bulu roma melawat tempat-tempat ini)

Pada 1979 (setelah berakhir zaman Pol Pot), kerajaan Kemboja telah mengumpul segala bukti kekejaman Pol Pot seperti gambar, alat-alat penyiksaan, pengakuan tahanan dan 14 mayat (dipercayai mangsa bunuh terakhir oleh Pol Pot). Sekarang semua bukti kekejaman rejim Pol Pot dipaparkan untuk penduduk tempatan dan pelancong.

Tinggalan bangunan S-21 yg digunakan utk menyiksa mangsa. 
Belenggu kaki.
Mangsa yg terdiri dari orang Islam.
Salah satu bilik kecil yg masih terdapat kesan darah.

Russian Market & Central Market
Hari ke-4 barulah sempat untuk shopping. Russian Market ini di dalamnya agak panas kerana keadaannya penuh sesak dengan pelbagai jenis barang dan tertutup. Sistem saliran udaranya kurang sistematik. Kami diingatkan berhati-hati dengan penyeluk saku. Biasanya harga barang yang diletakkan agak mahal, tetapi jika kita cuba tawarkan dengan sungguh-sungguh boleh dapat separuh harga atau lebih murah lagi. Mereka selesa menggunakan matawang USD Dollar walaupun mempunyai matawang sendiri.

Antara barang-barang yang dijual adalah pakaian seperti t-shirt, kemeja, kot, seluar, kain sutera, kasut, beg, barang-barang dapur, keychain, lukisan dan ukiran seni Kemboja, makanan dan bermacam-macam lagi.

Central Market lebih besar, luas dan bersih. Saliran udaranya juga baik. Barang yang dijual sama sahaja seperti di Russian Market ttp lebih banyak dan pelbagai. Masa 2 jam di Central Market memang tak cukup untuk pusing-pusing dan survey barang-barang. 

Russian Market.
Russian Market
Central Market
Makan kat restoran, rupa2 nya restoran orang Sungai Petani, Kedah. :)
Sungai Mekong
Selesai shopping di Central Market, kami terus ke Sungai Mekong. Sungai Mekong merupakan sungai yang ke-12 terpanjang di dunia.

Pelbagai aktiviti riadah dijalankan di hadapan persisiran Sungai Mekong. Ada yang bersiar-siar dan duduk bersantai. Menariknya, setiap hari ada senaman poco-poco yang disertai penduduk tempatan dan juga pelancong di hadapan sungai ini pada sebelah petang.

Kami menaiki bot melihat keindahan Sungai Mekong dan makan malam di atas bot. :)

Abang-abang kawasan.
Sg. Mekong pada waktu petang.
Dinner.
Siem Riep
Keesokan harinya kami bertolak ke Siem Riep walaupun masih belum puas jalan-jalan sekitar Phnom Penh terutamanya Central Market. Menurut Ust. Salleh, Siem Riep bermaksud 'kekalahan Siam'. Merujuk kepada permusuhan dan pertumpahan darah selama berabad-abad, peristiwa yang diperingati dalam ukiran relief dan monumen. Nama ini juga dapat diterjemahkan sebagai 'Kegemilangan Siam', karena, selama 500 tahun sebelum peperangan, kota ini menjadi perlintasan dari Kamboja kuno menuju Siam.

Perjalanan ke Phnom Penh mengambil masa lebih kurang 7 jam dengan keadaan jalan yang agak teruk.

Pemandangan sepanjang perjalanan ke Siem Riep.
Singgah tepi jalan ada orang jual lipas goreng, labah-labah goreng
& macam-macam lg yg sedap-sedap :D

Angkor Wat
Hari terakhir lawatan sebelum pulang ke Malaysia, kami melawat binaan purba Angkor Wat. Angkor Wat merupakan kuil Hindu yang terbesar di dunia yang terletak di Siem Riep bahagian utara Kemboja.

Sebenarnya, bukanlah minat sangat dengan bahan-bahan purba ni, cuma pergi sekadar nak bergambar kenangan saja. :D

Pas masuk Angkor Wat, siap bergambar.
Temple.
Tangga yg tinggi & curam utk ke kuil utama.
Hidupan Terapung di Tasik Tonle Sap
Perjalanan 1 jam menaiki bot menyusuri Tasik Tonle Sap di Kemboja merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan. Tonle Sap adalah perkataan dalam bahasa Khmer yang bermaksud sungai air tawar yang besar.


Penduduk di perkampungan terapung di Tasik Tonle Sap tidak melepaskan peluang mencari rezeki dari pelancong yang datang. Ketika di dalam bot di tengah tasik, seorang kanak-kanak dari bot kecil tiba-tiba melompat masuk ke dalam bot kami dan menjual minuman tin yg dibawanya. Memang cekap.

Hidup terapung d tasik tonle sap. Adik ni datang dengan ular sawa. 
Nak bergambar 1 dollar!
Rumah terapung (gambar : kosmo)


Selesai menyusuri Tasik Tonle Sap, maka berakhirlah pengembaraan kami selama 1 minggu di Kemboja. Semoga dapat lagi datang ke sini pada masa akan datang.
Nak balik dah :)

0 comments:

Post a Comment

Andai Ini Ramadhan Terakhir

Ya Allah! Janganlah Dikau jadikan Ramadhan ini sebagai Ramadhan yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Dikau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah Ramadhan ini sebagai Ramadhan yang dirahmati bagi ku, bukan Ramadhan yang sia-sia.

Seandainya masih ada padaku dosa yang belum Dikau ampuni atau dosa yang menyebabkan daku diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya wahai Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi. Jangan Dikau keluarkan daku dari bulan yang penuh rahmat dan keampunanMu ini melainkan setelah Dikau ampunkan segala dosa-dosa ku, redha akan ku dan berkatkan segala apa yang kau berikan pada ku..


Ya Allah! Terimalah puasaku dengan sebaik-baik penerimaan, perkenan, kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaan-Mu. Sehingga Dikau memenangkan daku dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Dikau curahkan di bulan ini.
Ya Allah! Tidak mungkin diterima segala amalanku melainkan hanya dengan rahmat dariMu.

Selamatkanlah daku di dalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam atau dosa yang berterusan. Demikian juga, dengan rahmat-Mu golongkanlah daku ke dalam orang-orang yang mendapatkan (keutamaan) malam al-Qadar. Malam yang telah Dikau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.

Semoga perpisahanku dengan bulan Ramadhan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhirku. Moga daku dapat kembali bertemu pada Ramadhan mendatang dalam keadaan penuh harapan dan kesejahteraan.


...تقبل الله منا ومنكم, صيامنا وصيامكم, آمين

1 comments:

Post a Comment

Nikmat.

Pandangannya gelap, sejak kecil tak pernah merasai nikmat sepasang mata, tak pernah tahu bagaimana warna alam, tak pernah tahu bagaimana rupa ibu yg melahirkan, bahkan wajah sendiri pun tak terbayang.

Hakikatnya, hidupnya terang, ada panduan, ada pegangan, penuh kemuliaan.
Hatinya dekat dengan Al-Quran, padanya ada rahmat, rahmat yang tak boleh didapati dari mana-mana kecuali dari Allah SWT.



       Kak Nur Hidayu sedang memperdengarkan bacaan pembukaan di Majlis Multaqa 
                           Guru-guru Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan.
           (Jangan lupa pause kan music background blog ni sblm play video.. :D )

Kak Nur Hidayu seorang gadis buta sejak lahir. Pernah bebrapa kali dianugerahkan juara tilawah Al-Quran anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Disaat namanya dipanggil untuk tampil ke pentas bagi memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran, seluruh dewan di Majlis Multaqa' Guru-guru Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan 2007 bagaikan tidak berpenghuni, senyap, sunyi sepi, hinggakan jika ada jarum yang jatuh sekalipun pasti akan didengari. 

Kak Nur Hidayu dipimpin oleh ibunya naik ke pentas. Memulakan bacaan dengan perlahan, penuh berhati-hati menggerakkan jarinya di atas permukaan braille, merdu, membuatkan hati tersentuh, terkedu, insaf.. 

Manakan tidak, kita yang celik ni pun tak mampu lakukan seperti beliau lakukan. Tak berusaha mendalami Al-Quran, tak berusaha rapat dengan Al-Quran. T_T

Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya: ”Aku mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya).” (HR Muslim)

Jadi, sama-samalah kita muhasabah diri kita, semoga bermanfaat. ^_^

Ya Allah, Kau jadikanlah kami hambaMu yang terus bersyukur. Ameen (-_-)


“Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?”

0 comments:

Post a Comment

العام الجديد ...

Bissmillah...

... facebook login. Syukur meneliti setiap inci muka bukunya. Penuh dengan ucapan-ucapan tahun baru. Meriah sungguh! ^^ tiba2 terdetik di hati Syukur untuk mengemaskini blognya. "Dah lama tak di update blog tu, boleh jgk post pasal tahun baru, dah berusang dah berhabuk agaknya blog tu." detik Syukur sendirian dalam hatinya dgn penuh animasi tentang keadaan blognya. facebook log out...

**********
Assalamualaikum wbt...
Ini adalah post pertama utk tahun baru 2013. Alhamdulillah.. xberhabuk pun blog ni. ^^ mungkin sbb ada pengunjung hari-hari. (bangga :D) apa pun aku ingin mengucapkan terima kasih thanks syukran kpd kamu-kamu semua yg selalu kunjung ke blog ini samada yang memang betul-betul nak baca isi-isi dalam blog ini atau yang tersalah masuk ke blog ini. Terima kasih jgk kpd kamu-kamu yg selalu email saya dan sebagainya.

2012 dalam kenangan. 2012 menyimpan 1001 kenangan. Seronok, bahagia, sedih, ketawa, menangis dan ramai lagi telah menghiasi 2012 yang lalu. Tutup 2012 buka tahun baru 2013.
igt kalendar Islam jgk na ! :)
Lupakan kenangan yang lalu. Ok, sebenarnya jangan dilupkan! sbb? ia kenangan. Ada ke orang lupakan kenangan lalu? tak dak kot..kecuali la anda hilang ingatan.. ! nauzubillah.. :D

Semoga tahun baru 2013 menjadi tahun yang gilang gemilang buat diri kita, keluarga, bangsa, agama dan tanah air kita. ^_ Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita permudahkan rezeki kita, permudahkan pelajaran kita. Semoga Allah SWT membuka pintu hati kita, terangi hati kita, permudahkan kita faham, mudah menghafal dan mudah ingat dlm pelajaran kita buat kawan-kawan yang akan menduduki exam. Dikesempatan ini juga saya ingin memohon maaf buat yang mengenali diri saya, rakan2 terutamanya kos pentadbiran dan hubungan korporat kelas TMD1, TMD2 dan TMD3, juga rakan-rakan serumah jika ada salah dan silap mohon ampun..wassalamualaikum wbt., (tiba-tiba jadi macam perutusan tahun baru pulak, haha) ok,  bittaufik wannajah.. :)

**********






0 comments:

Post a Comment